Polisi Waranti Tinted
Inno Tinted memberikan waranti ke atas filem tinted yang dipasang oleh kami, tertakluk kepada terma dan syarat di bawah.
1. Tempoh Waranti
Tempoh waranti bergantung kepada jenis filem yang dipilih:
| Jenis Filem | Tempoh Waranti |
|---|---|
| Film 2 Ply | 3 tahun |
| Film 3 Ply | 5 tahun |
Tempoh waranti bermula dari tarikh pemasangan seperti yang tertera pada invois.
2. Perkara yang Dilindungi
Waranti ini melindungi kecacatan filem berikut yang berlaku dalam penggunaan biasa:
- Gelembung (bubbles)
- Filem tertanggal atau mengelupas (peeling)
- Lapisan filem terpisah (delamination)
3. Perlindungan Waranti
- Filem gantian disediakan secara PERCUMA.
- Kos upah pemasangan semula akan dikenakan mengikut kadar semasa, kecuali kecacatan yang disahkan berpunca daripada kerja pemasangan dalam tempoh 6 bulan pertama.
- Penggantian hanya melibatkan panel yang rosak sahaja, bukan keseluruhan pemasangan.
4. Pengecualian
Waranti ini tidak meliputi:
- Calar, koyak atau kerosakan fizikal akibat perbuatan pengguna atau pihak ketiga.
- Kerosakan akibat penggunaan bahan pencuci kasar, berasid, beralkali atau berasaskan ammonia, serta alat pencuci yang tajam.
- Cermin retak atau pecah atas apa jua sebab.
- Kerosakan akibat bencana alam, kebakaran, kemalangan atau vandalisme.
- Filem yang telah dibaiki, diubah atau ditanggalkan oleh pihak lain selain Inno Tinted.
- Pengubahsuaian pada tingkap atau bingkai selepas pemasangan.
5. Syarat Keadaan Panel
- Tuntutan waranti hanya boleh diproses sekiranya keadaan panel sama seperti semasa pemasangan asal.
- Sekiranya terdapat grill, penghadang atau struktur tambahan yang menghalang akses ke cermin, pelanggan bertanggungjawab untuk menanggalkannya, atau kos tambahan akan dikenakan.
- Inno Tinted berhak menolak tuntutan sekiranya kerja penggantian tidak dapat dilakukan dengan selamat.
6. Cara Membuat Tuntutan
- Hubungi kami di WhatsApp: +6011-59858424 atau Emel: [email protected] atau melalui borang tuntutan: Borang Tuntutan
- Kemukakan salinan invois atau resit pembayaran.
- Sertakan gambar jelas bahagian yang rosak.
- Pihak kami akan membuat pemeriksaan untuk mengesahkan tuntutan.
- Tarikh penggantian akan ditetapkan setelah tuntutan diluluskan dan tertakluk kepada ketersediaan stok filem.
7. Syarat Am
- Waranti ini hanya sah untuk pemilik asal premis dan tidak boleh dipindah milik.
- Sekiranya filem asal tidak lagi dikeluarkan, Inno Tinted akan menggantikannya dengan filem yang setara atau lebih baik.
- Inno Tinted berhak meminda terma waranti ini dari semasa ke semasa. Pindaan tidak menjejaskan waranti yang telah diberikan sebelum tarikh pindaan.
Berkuat kuasa mulai: 1 Januari 2020
